AWANI Ringkas: 4.3 juta terima BSH dengan peruntukan RM4.738 bilion tahun ini | Tiba masa untuk semakan dibuat bagi tangguh pilihan raya ketika krisis - ERC

2022-03-21 0

Kira-kira 4.3 juta rakyat di seluruh negara menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang melibatkan peruntukan bernilai RM4.738 bilion tahun ini.
Sudah tiba masanya bagi satu semakan menyeluruh dilakukan berhubung undang-undang sedia ada yang membolehkan mana-mana pilihan raya ditangguhkan semasa krisis.
Perkara itu disuarakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC) Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman.